Anime (アニメ) merupakan animasi yang berasal dari Jepang. Anime bagaikan gambar manga (komik Jepang) yang bergerak.
Sejarah
anime bermulanya seawal tahun 1907. Namun, pada masa itu animasi di
Jepang hanyalah terhad kepada beberapa orang, kerana masa itu animasi
tidak sepopular sekarang.
Generasi pertama anime
Pada tahun 1910-1920an, animator untuk anime termasuk Shimokawa Oten , Kouchi Jun'ichi , Kitayama Seitaro .
Tidak
banyak pembuatan dari generasi ini yang masih terdapat di dunia
sehingga kini. Kebanyakannya telah dihapuskan, hilang, dilesen oleh
pihak pawagam atau lain-lain.
Generasi kedua anime
Murato Yosuji, Kimura Hakuzan, Yamamoto Sanae and Ofuji Noboro merupakan anak murid kepda Kitayama Seitaro dan telah banyak berkerja di studio beliau. Masaoka Kenzo, seorang lagi animator , memulakan studio yang lebih kecil. Pada tahun 1923, gempa bumi besar Kanto ( Great Kantō earthquake ) telah memusnahkan studio milik Kitayama dan animator yang terselamat telah memulakan studio animasi mereka sendiri.
Juga
pada masa itu, undang-undang untuk melindungi remaja diperkenalkan, dan
ini telah mengakibatkan pelbagai animasi yang awal ditapis untuk
disesuaikan dengan tontonan remaja/kanak-kanak yang di bawah umur 15
tahun.
Pada tahun 1918, sebuah anime yang dipanggil Momotaro (Peach Boy)
telah dibuat dengan menggunakan kisah tempatan Jepang. Terdapat juga
banyak siri-siri wayang yang dikisahkan menggunakan anime tersebut pada
tahun 1920an, 1930an dan 1940an. Pada Perang Dunia Kedua ,
Anime bermasa pendek yang pertama telah dilahirkan dan diberi nama:
Divine Sea Warriors (1945). Oleh kerana peperangan yang berlaku tidak
berhenti-henti di Jepang pada masa itu, animasi tidak lagi dibuat dalam skala yang besar, sehinggalah Toei Animation dilahirkan.
Bermulanya populariti anime di seluruh dunia
Selain dari pada Toei Animation yang telah membuat debut pada tahun 1956, sebuah lagi syarikat anime yang besar dilahirkan pada masa tersebut: Mushi Productions . Syarikat tersebut dimulakan oleh Osamu Tezuka , yang juga merupakan orang yang membuat anime pertama yang mendapat sambutan yang hangat di Jepang dan seluruh dunia, Astro Boy ( Tetsuwan Atomu ). Tetapi, akibat perbelanjaan yang terlalu tinggi, Mushi Productions jatuh bankrup, dan animator dalam syarikat ini pula mula mendirikan syarikat anime sendiri, seperti Sunrise dan MadHouse Production .
Anime seperti Akira (1988) dan Wings of Honneamise (1987) tidak begitu laris di Jepang, tetapi mendapat sambutan yang hangat di Amerika Syarikat . Keluaran Studio Ghibli , seperti Kiki's Delivery Service (1989), karya Hayao Miyazaki
pada masa itu, menjadi salah satu kemestian para peminat anime. Contoh
karya Hayao Miyazaki yang paling mendapat sambutan ialah filem anime
Spirited Away. Anime ini pernah memenangi anugerah Best Animated Feature di Academy Award . Anime Spirited Away juga pernah ditayangkan di Malaysia pada 2002
Tidak ada komentar:
Posting Komentar